Selamat singgah ke kedai kopi, sembang2 kosong, sembang isu dan topik semasa, perkongsian ilmiah, gossip dan membawang sambil2 minum kopi.
Pilih menu dan bancuh sendiri pesanan sebelum nyembang :
1. Espresso
2. Black Coffee
3. Latte
4. Cappuchino
5. Flat White
6. Mocha
Sembang Lucah: Tidak dibenarkan dan jika didapati bersalah akan disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 14 Shah Alam dengan hukuman dipalau dan dikecam mandatori.
Politikshit: Sembang politikshit dibenarkan tapi takpayah la yeye kelapa sgt. Bersikap terbuka dan menghormati pendapat orang lain. Rileksi sudah!
Budak Sekolah: Budak2 sekolah dilarang join. Pergi ulangkaji dan buat kerja2 sekolah tu, sebat kaki kau dengan getah paip baru tahu. Haip!!!