Aku bangunkan tiang-tiang kekuatan untuk tetap berharap. Berharap tanpa sekelumit keraguan. Kerana keraguan itu diciptakan hanya untuk bangsa yang kalah.
Kalau hanya memasrahkan keadaan pada kebimbangan maksudnya kau sendiri tak tau kau tu siapa. Bukan memujuk hati, bukan membohongi diri, aku sebenarnya melihat semesta sambil kagum sendiri dengan perjuangan yang aku junjung.
Dan isyarat ini aku tafsir dengan bahagia. Dan rasa bahagia aku ini takkan dapat kau lihat dengan aksesori dunia yang kau punya. Kerana hanya aku yang mampu merasanya.
Bersendiri melawan arus bukanlah suatu yang mudah. Apatah lagi berada di tengah parodi manusia urban yang hidup bermacam watak wayang kulit yang khayal dalam kesombongan yang entah apa-apa.
Kasihan.
Biarlah.. Kamu aku maafkan, dah lama aku maafkan.
Mereka yang di luar alam fikirku tak akan pernah tahu. Mereka tidak akan memahami. Mereka tidak pernah mahu mengerti.
Aku yang sendirian berusaha bercerita dalam diam.
Aku yang sendirian berusaha mengenal dalam kejauhan.
Aku yang sendirian berusaha mendengar dalam kebingitan.
Dan satu yang sangat aku tahu, aku mencintai alam fikirku. Dan mata fikirku tak akan pernah meninggalkan alam khayal ku.
Misteri tak akan lagi menjadi gelisah di dalam setiap hati-hati kamu. Akan tiba saatnya nanti semua tanya tak akan lagi menjadi soal.
Mungkin tak ramai yang mengenali ku.
Nama panggilan ku Buzze Azam.
Aku inginkan kebebasan.
Dan ini autonomi diri Aku.
if the data has not been changed, no new rows will appear.
Day | Followers | Gain | % Gain |
---|---|---|---|
August 20, 2023 | 230 | +6 | +2.7% |
October 10, 2022 | 224 | +2 | +1.0% |
August 15, 2022 | 222 | +2 | +1.0% |
July 10, 2022 | 220 | +2 | +1.0% |
June 02, 2022 | 218 | +1 | +0.5% |
April 26, 2022 | 217 | +1 | +0.5% |
March 18, 2022 | 216 | +1 | +0.5% |
January 20, 2022 | 215 | +9 | +4.4% |
December 13, 2021 | 206 | +7 | +3.6% |